Sunday, June 7, 2009

hai,boleh berkenalan?

1.Tinggi aku 182 cm atau bahasa mudah 6 kaki.Aku tidak malu bersiar-siar di USA dan UK sebab tinggi aku mengikut piawai mereka.cool bukan?

2.Aku akan terbeliak mata jika melihat gadis-gadis yang sama ketinggian dengan aku di Malaysia dan akan cuba mengenyit mata.Selalunya gagal.

3.Sewaktu kecil,aku beranggapan bahawa untuk tumbuh janggut atau misai kene hisap rokok.genius bukan?

4.Aku bukan seorang mat 'Gadget'.Cuma aku ada dslr camera.Handphone aku sangat klasik sehingga baling pada buaya pun akan mati.

5.Aku double respect kepada mereka yang cool,rilex dalam percakapan walhal mereka adalah 'somebody' dalam bidang mereka.

6.Hiburan yang maha hebat adalah melepak di kedai mamak sambil borak dalam segala hal bersama kawan-kawan.(if boleh,ada gadis sebagai penyeri pun orait jugak)

7.Lelaki yang tidak pernah tengok porno adalah bukan lelaki.

8.Bapa adalah seorang pensyarah dan ibu seorang suri rumah sepenuh masa.

9.Hari-hari aku pergi kerja menaiki lrt.Bapa akan hantar seawal 630 pagi ke stesen lrt di kelana jaya dan aku pulang kerja naik bas.Sweet bukan?

10.Berikut kerja part time yang pernah aku buat:

-promoter di studio R
-rider motor dominos pizza
-TGV cinema
-Mcdonald
-Pengangkat dan penyusun kotak di gudang perfume.
-Driver untuk Bos Company Nissan
-Pembungkus jeans levis

11.Aku obses pada jam tangan.Benda pertama aku lihat pada seorang lelaki.

12.Waktu kecil,aku teruja pergi ke mcdonald.Ibu akan menepung muka aku dengan bedak,kancing baju sampai tekak dan sikat rambut belah tepi.

13.aku memiliki lesen motor tetapi ibubapa tidak mengizinkan membeli motor.

14.waktu kecil,aku akan berpura-pura sakit perut ponteng kelas mengaji demi menonton aksi Suria Baja Hitam dan Gaban.

15.aku memiliki team futsal (greenict nama dia) yang hebat!aku bangga dengan ahli pasukan.Licik di padang futsal dan juga di ranjang.

16.Malboro Light sentiasa di kocek seluar.

17.Aku akan berhenti merokok bila mulut aku menemui 'replacement' yang segar lagi lemak berkrim.

18.Penyokong berani mati Manchester United.

19.Masakan ibu menjadi pilihan walaupun nasi putih bersama telur goreng kicap.

20.Seorang yang manja.percaya atau tidak.

21.Benci kucing.muktamad.

22.Ingin travel satu europe dan pergi ke stadium san siro(milan),nou camp(barcelona) dan sudah pasti old trafford.

23.Aku tiada musuh.Musuh dalam selimut aku tidak pasti.

24.warna pilihan adalah dark blue.

25.seorang budak nakal.perempuan yang baik akan tertawan pada aku and eventually aku percaya aku akan jadi baik.perempuan baik utntuk lelaki baik bukan?